Monday, August 24, 2009

salam ramadhan

-salam ramadhan untuk semua kawan-kawan -

Tuesday, August 18, 2009

adam luqman

ni anak aku- adam luqman.aku jumpa gambar ni dalam laptop aku.aku tatau masa bila dia buat gambarnya jadi macam tu.aku dah pesan,upsr dah dekat..jangan sesekali main online game,berYm,ps2,tengok spongebob..sempat lagi dia kerjakan benda ni..ntah-ntah ada lagi benda tersembunyi yang dia dah buat..riso aku..:-)

Monday, August 17, 2009

bayangkan..

saje aku bayang-bayangkan,hidup dizaman dulu kala.ada pokok kaktus,ada kuda,ada koboi,ada orang jahat..

Tuesday, August 11, 2009

karikaturist

bersama arwin,padi,rambai,reezan,aie,ambo,cikli,soya,sireh di satu majlis pelancaran apa benda tatau kat shah alam tu.tengok..semua pakai serba hitam..macam kumpulan black metal wooo..

Monday, August 10, 2009

brian dan jessica

brian dan jessica dari ireland: `ini kali kedua saya lukis sama awak..dulu saya jumpa awak di bintang walk..masa itu saya datang honeymoon disini..awak ingat lagi saya?..`yaa..saya ingat lagi bang..`..kataku dengan tak jujurnya..hehe.

Sunday, August 9, 2009

bruce dan jocelyn

pakcik bruce dan makcik joycelyn dari australia:`kami mai sini dulu masa baru kawen..la ni kami mai lagi..waaa..lawa sunggoh la kola lumpo la ni..macam-macam ada..ada klcc,ada menara,ada bangla.nepal,vietnam,myammar..meriah woo`..

mehdi dan zahra

mehdi dan zahra dari iran: `saya suka karikatur.saya keseluruh dunia,kalau saya nampak ada orang buat karikatur,saya tentu akan buat dan simpannya sebagai koleksi saya..err..saya juga melukis karikatur`..kata encik ini selepas aku siap lukis karikaturnya..erk..siapakah mamat ini?

damien anak beranak

encik damien anak beranak dari singapura :`saya tamau cakap apa..awak lukis saja..saya baya..`

linda

linda dari indonesia: `waaa..saya suka belajar disini..orangnya ramah,senang sekali..tidak ada bom letup-letup,cuma ada orang bersesak-sesak dijalanraya aja..seperti di tempat saya..`katanya yang mengaku berjiran dengan agnes monica.

Tuesday, August 4, 2009

charlene dan mak bapaknya

charlene dan makbapaknya dari hong kong : `waaa..saya suka la ini kl.nanti mao ajak chow yun fatt datang bersama-sama`,kata ibunya yang mengaku aktor tu ada bau-bau manggis dengan keluarga belah mak tirinya yang kini menetap di seremban.

Sunday, August 2, 2009

merliza dan fizah

merliza dan fizah: `kami bangga menjadi rakyat malaysia..walaupon banyak orang buang sampah di merata-rata tempat`..

liek dan non

liek dan non dari belanda : `kami sudah cuba makan makanan orang malaysia..nasi lemak,roti canai..banyak pedas..minumannya pula,saya suka air kacip fatimah..dia boleh kasi tenaga sama kita..`

danae dari chile

danae dari chile : ` saya akan mai lagi ke kola lumpo..sini seronok betui.baru pi langkawi..lawa woo tempat tu`..

couple dari tunisia

dr mehdi dan dr rahma dari tunisia : `tadi kami nampak ramai orang berkumpul di sekitar ibukota..ada ramai polis,ada ramai orang pegang sepanduk..ada orang jerit-jerit..ada orang lari-lari..apa masalah mereka ya?`