Sunday, April 19, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 31 UNTUK MAJALAH GILA-GILA


SELAMAT menyambut ulangtahun GILA-GILA yang ke 31.Banyak kenangan aku dengan majalah ni.Dari zaman sekolah lagi,aku agak fanatik dengan majalah ni.Dari situ aku mula belajar membaca,meniru,melukih, conteng menconteng- dari karya pelukis seperti Jaafar Taib,Allahyarham Ayahanda Rejabhad,Kerengge,Fatah,Azman Yussuf,Bor,Don,Reggi Lee,Tazidi,Zunar..(sekadar menyebut beberapa nama)Itu zaman awalnya..Dan pada zaman pertengahannya,aku mengenali mereka mereka ini- Ujang,Cabai,Asan,Ambo,Kulat,Cik Li,Boy Pj,Arwin,Roy,Azam,Nuds.. (juga sekadar menyebut beberapa nama).Dan bermula dari tahun 1990,aku terus berkhidmat di CESB- Gayour,Nik..juga kartuns-kartunis `baru`(selepas tranformasi besar-besaran..panjang ceritanya)--masa tu ada
AmirAstar,Aan,Lemburock,Ai,Jibat,Nat,,(juga sekadar menyebut beberapa nama)Pernah diberi tanggungjawab sebagai Ketua Kartunis ( tugas yang memeningkan kepala..)Tak lama pun,lepas tu aku berpindah ke majalah lain pulak..Tranformasi berlaku lagi.Hari ini,aku masih lagi bekarya untuk majalah GilaGila ni..Aku membesar bersama majalah ini..SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 31 UNTUK MAJALAH GILA-GILA.JUGA UNTUK SEMUA YANG MASIH LAGI BERTUNGKUS LUMUS BEKARYA DISINI..
Karikatur ni dilukis oleh Encik Jaafar Taib.Boss Gila-Gila.Lama dah lukisan ni.Tapi nilainya cukup tinggi.Yang dalam lukisan tu pun dah takde..Allahyarham Pak Jab,Pak Sako...err..sapa lagi..ada tu..cuba tengok elok-elok..hehe..