Sunday, June 21, 2009

cerita pendek

Pagi tadi..henset aku bebunyi.Dalam mamai-mamai ayam aku dengar ada suara perempuan dalam tu.Aku rasa dia cina,sebab dia kata `good morning encik`.Aku jawab selamat pagi..Amoi (aku panggil amoi berpandukan pada tone suara je..mungkin juga ah soo...aku tatau)tu kata,beri dia 5-6 minit.Nak terangkan sesuatu.Aku kata,ok.`Encik,encik baya bulan-bulan cuma satu latus lebih,nanti kalau encik ada eksiden ka,tangan putus ka,kaki patah ka,encik dapat claim`..Emm..Lepas tu aku kata kat dia..`waa..ini macam mana adil..awak senang saja angkat wang dari saya bulan-bulan`..dan dia terus bertanya..`apa tidak adil?`..`ya la..kalau saya mau angkat wang dari awak..saya kena potong kaki dulu,kasi potong tangan dulu..awak tau ka?Satu kali saya potong tangan,dia tak boleh tumbuh balik tau..`Lepas tu aku tak dengar dia kata apapun.Mungkin bateri henset dia habis.

6 comments:

kulupSakah said...

..atau mungkin dia sedang potong kakinya kerana kecewa diloyarburukkan

wakaradesign said...

keh keh..

Tiniedia said...

Hhahahaha, mmg lawak...tuelah pasal, ejen insurance ni ikut dan jer dorng call nak jaul insurance

wakaradesign said...

tiniedia:
ye la..
main sergah jekan?

Anonymous said...

mcmner ah soo tu tau no phon wak ? kite yg ari2 follow blog dia pun x tahu np phon dia...x leh jd ni...

wakaradesign said...

n.u.r.u.l.:
ah soo tu saya rasa mungkin jiran tetangga dekat-dekat rumah ni kut..
:-)