Wednesday, May 20, 2009

Tokoh Seni Lukis Negara Datuk Ibrahim Hussein

Aku pernah berurusan dengan beliau suatu masa dulu.Memula dengar namanya dan nak jupa aku pulak tu..aku dah pucat.Bukan calang-calang orang tu.Dia nak aku lukiskan kartun kecik-kecik untuk dibuat panduan sempena Ibrahim Hussein Foundation.Masa aku sampai di rumahnya di Langkawi,aku tercari-cari..yang mana satu orangnya.Rupanya orang yang dok kutip daun-daun kering,sapu sampah tu ialah Datuk Ibrahim Hussein yang aku nak jumpa tu.Aku ingatkan tukang kebun..Best..dia sambut aku macam dah lama kami kenal.Dan selepas berbincang sikit-sikit,dia cakap..`brader,hang dah ready?Jom kita pi la ni`..Dan kami pun meredah hutan di belakang rumahnya,naik bukit turun bukit..punya la letih,tapi aku tengok dia selamba je..takde pulak dok togok air..yang aku nampak cuma asap rokok je dari mulut dia.Masa tu kami ditemani seorang kru(tukang tunjuk jalan dan juga jurupandu bot),dan juga anak perempuannya.Alia.Aku taknak la cerita pasal si Alia ni..sebab lawa sangat.Kami pusing-pusing di sekitar pulau-pulau kecil di kawasan Pasir Tengkorak,Teluk Datai tu..punya la lawa.Burung helang punya la banyak.Aku tak tipu.Bukti takde la,pasal masa tu aku tak bawak kamera..nak harapkan kamera kat henset pon masa tu Nokia 3310 tak ada lagi kamera.Kalau ada kamera pon,mungkin tak banyak gambar burung helang aku ambik kut..banyak aku ambik gambo orang je rasanya..Banyak yang aku nak ceritakan pasal Langkawi ni..lain kali la ye..Apapun..kita kehilangan seorang pelukis tersohor negara..Al Fatihah untuk Datuk Ibrahim Hussein.

13 comments:

raiHan KauThar said...

AL FATEHAH

Tokoh yang berwibawa ni barat patah yang tiada berganti.....

Tiniedia said...

Al-fatihah buat arwah,

hermm, turn kita bila lah agaknya...At least you got sweet memories with the best guy like him..must be proud...not all people had been given chances like that kan?

gedek! said...

Betol bro.... Orang panggil dia "Man in white"

wakaradesign said...

yong yang stei:
beto tu yong.
amba setuju sangat.

tiniedia:
segalanya diatur yang maha esa.

gedek!:
ye ke bro?

gedek! said...

Betol bro, imej dia di public / rasmi hanya baju puteh dan seluar puteh.

wakaradesign said...

gedek:
patut la.
masa aku jumpa dulupun dia pakai tshirt putih macam pagoda je.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

sungguh aku tak kenei...

kulupSakah said...

style dia memang redup dan cool

wakaradesign said...

bro kulupsakah:
betul.
sorang lagi.. ayahanda a samad said.

kulupSakah said...

pak samad sudah jadi ikon anak muda dlm memperjuangkan bahasa melayu

pyan said...

Aku admire kerja2 seni allahyarham sejak zaman sekolah lagi...

abdullahjones said...

aloy. :)

wakaradesign said...

bro abdullahjones:
terima kasih kerana singgah disini.
kita penah kenal-kenal sebelum ni?
sori kalau saya tak ingat.
:-)