Monday, June 29, 2009

michael jackson

King of Pop.ramai peminat fanatik meliau menangis terisak-isak..ada yang sampai macam dah hilang ingatan..aku biasa je.aku dengar lagu-lagu dia.aku suka suara dia.aku suka tengok dia menari undur ke belakang.aku suka tengok dia berselubung hitam bila keluar ke tempat awam..aku suka tengok gelagat peminatnya.cuma aku agak tak suka..bila radio kita dari pagi sampai ke tengah malam asyik mainkan lagu-lagu beliau.aku suka lagi tan sri p ramlee.dia orang kita.pandai buat lagu.pandai menyanyi.pandai berlakun.pandai buat aku gelak bila tengok lawak-lawak dia.pandai mengarah filem.cuma tan sri p ramlee tak pandai tukar warna kulit..dia tetap dia..

sebastian kruger

Tengok.muka steven tyler dah jadi macam tu..punya la ganeh.aku suka dengan karikaturist ni-sebastian kruger namanya.banyak melukis muka artis kat majalah the rolling stone.over-over betul.aku cuba juga buat `belebih-lebih` muka orang macam ni..dan sudahnya banyak customer aku tak suka.reject..nak yang lawa-lawa.cute miut..bagi yang cute tu,boleh la di maintain cute..kalau yang bermuka-muka tu nak buat camana?ada yang sebelum muka dilukis,mintak aku cermin dulu nak mekap..nak sikat rambut..haha..aku lukis tetap buruk jugak walaupun dia sikat rambut banyak kali sampai botak-botak..

Tuesday, June 23, 2009

ikan arowana

Pagi tadi juga...nasib aku agak baik,kalau tidak mungkin aku jatuh terlentang,takpun jatuh terkangkang.aku terpijak air yang banyak melimpah dilantai.aku tengok mungkin bumbung rumah aku bocor..tak juga sebab hujanpun dah lama tak turun.nak kata jiran sebelah rumah menyiram pokok bunga sampai air masuk dalam rumah aku,tak juga.aku tau la sebab dorang pon aku tengok malas serupa aku jugak..pokok bunga dorang lagi banyak yang layu!...rupanya air yang melimpah tu dari akuarium ikan aku yang bocor.laju juga airnya.nasib baik aku sedar awal.kalau tak,mungkin aku terpaksa berenang kuak kupu-kupu dalam rumah sendiri..aku tak berpikir panjang,pikir pendek-pendek je,aku ambik je ikan tu..taruk dalam plastik dan aku lepaskan ke dalam parit dekat-dekat rumah aku ni..sayang?yaa..aku sayang ikan tu..aku beli dulu dia kecik lagi..lama jugak aku bela..dah besar dan jinak.ikan sebesar tu,aku tengok ada apek tu jual..reganya boleh tahan.boleh la takat nak beli levis 5o1 bundle punya dalam selai dua.walaupun bukan red arowana,red tail golden arowana,red blood arowana,malayan bonytongue..tapi silver arowana yang aku bela ni dah tingal serumah dengan aku dah lama.dah macam ahli keluarga aku...tapi aku puas,lepaskan dia ke dalam air banyak yang bebas..tidak lagi asyik koner baring di dalam akuarium yang terkurung...apapun,aku doakan semoga ikan tu dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan cepat-cepat la dapat jodoh...

Sunday, June 21, 2009

kawan lama

Aku cuba juga bayang-bayangkan..pergi ke kedai gunting...mintak je mamak tu tebas rambut aku seperti kawan-kawan aku ni..lepas tu,tak perlu lagi aku nak sikat rambut,tak perlu lagi aku beli minyak rambut..dan tak perlu lagi aku kira berapa helai uban dah ada kat kepala...bukan tak pernah.pernah sekali aku gunting rambut pendek.rapat.gonjeng.aku tengok kat cermin,dah tak macam muka aku..

cerita pendek

Pagi tadi..henset aku bebunyi.Dalam mamai-mamai ayam aku dengar ada suara perempuan dalam tu.Aku rasa dia cina,sebab dia kata `good morning encik`.Aku jawab selamat pagi..Amoi (aku panggil amoi berpandukan pada tone suara je..mungkin juga ah soo...aku tatau)tu kata,beri dia 5-6 minit.Nak terangkan sesuatu.Aku kata,ok.`Encik,encik baya bulan-bulan cuma satu latus lebih,nanti kalau encik ada eksiden ka,tangan putus ka,kaki patah ka,encik dapat claim`..Emm..Lepas tu aku kata kat dia..`waa..ini macam mana adil..awak senang saja angkat wang dari saya bulan-bulan`..dan dia terus bertanya..`apa tidak adil?`..`ya la..kalau saya mau angkat wang dari awak..saya kena potong kaki dulu,kasi potong tangan dulu..awak tau ka?Satu kali saya potong tangan,dia tak boleh tumbuh balik tau..`Lepas tu aku tak dengar dia kata apapun.Mungkin bateri henset dia habis.

Thursday, June 11, 2009

Gila-Gila yang ke 700.

Tadi aku belek-belek GilaGila..tak sedar le pulak angka yang tertulis di bawah tu-700!Dah 700 keluaran GilaGila rupanya..Banyak tu.Kalau duit 700,boleh beli macam-macam.Beli ayam.Beli sayur lobak.Beli apam balik.Boleh jugak buat beli ikan pekasam dalam dua tiga bakul..Tapi itu kalau duit...Aku mula bekarya di GilaGila sejak dari tahun 1990 sampai sekarang.Maknanya dah 19 tahun aku bersama dengan majalah ni.Lama tu.Aku dok congak-congak..dah berapa ribu helai kertas aku habis..dan berapa puluh/ratus botol ink,pen dan kaler aku pakai..dah berapa banyak kartun aku kena reject..dah berapa banyak karakter kartun aku buat..dah berapa banyak tulisan/dialog yang aku tulis..dah berapa banyak aku guna wayar otak aku dok mereka-mereka cipta semua tu..dah berapa banyak pulak surat/talipon/emel yang memuji..mengutuk..menghentam...dan juga dah berapa banyak aku gunakan duit hasil melukis kartun sampai sekarang ni..dan berapa banyak pun aku congak..aku tak dapat lagi jawapannya..Cuma,bagi angka 700 keluaran untuk sesebuah majalah..ianya sebenarnya cukup hebat.Aku bercakap bukan kerana aku bekarya disitu tapi kerana jangka hayat sesebuah majalah kartun tu nyawanya tak berapa nak panjang sangat..Moga GilaGila terus berjalan terus ke hadapan.